Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Chee

Chee Sing Teik berasal dari Kota Marudu, sebuah kampung daif di pedalaman Sabah. Sebagai anak kedua dalam keluarga, beliau seorang yang cergas dan ceria, namun keadaan ini berubah apabila abangnya terbunuh dalam satu kemalangan.

Sing Teik menjadi penyedih dan menyendiri. Beliau mula menjaga adik-adiknya. Demi membantu keluarga, Sing Teik yang rajin ini selalu mencari peluang untuk meningkat baik keadaan keluarganya. Beliau kemudian mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia kerana prestasinya yang cemerlang sebagai guru lukisan sekolah menengah.

Beberapa tahun selepas beliau tamat pengajian di universiti, Sing Teik menjadi guru besar di sebuah sekolah rendah. Beliau berjumpa dengan rakan seuniversitinya yang berkongsi tentang konsep kesihatan dan beberapa produk dengannya. Selepas mengambil produk kesihatan itu, keadaan kesihatan Sing Teik meningkat baik secara luar biasa. Bermula dari saat itu, suatu transformasi yang hebat telah berlaku dalam kehidupan beliau. Dengan berkongsi pengalamannya dengan orang lain, ramai yang telah memperoleh kesihatan yang baik semula. Bagi seorang pelukis yang suka menyendiri, pendiam dan introvert, merangkap guru besar pula, air mukanya telah berubah menjadi ceria dan yakin bagai seorang usahawan.

Sing Teik berkata: “Angka tidak pernah menarik minat saya. Saya tidak kisah tentang ganjaran atau aspek perniagaan; hasrat saya hanya satu, iaitu membantu kawan-kawan saya memperoleh kesihatan semula. Entah bagaimana, asas pelanggan saya berkembang dan membangun menjadi sebuah rangkaian yang besar. Apabila saya menyedari bahawa perniagaan Elken ialah satu peluang perusahaan yang boleh mengubah nasib hidup orang, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan ini secara sepenuh masa.”

Adiknya Sylvester, seorang jurutera JKR yang bijak membajet menyaksikan perubahannya lalu mengambil keputusan menyertai abangnya dalam perniagaan ini. Hari ini, selain menikmati kebebasan kewangan dan kebebasan luar biasa, pasangan adik-beradik ini turut dipandang tinggi oleh kawan-kawan dan saudara-mara. “ Saya benar-benar bersyukur menjadi ahli keluarga Elken yang bukan sahaja membantu saya dan adik saya memperoleh kesejahteraan fizikal tetapi juga menyedari nilai dan tujuan sebenar dalam hidup ini,” ulas Sing Teik.

No comments:

Post a Comment