Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Showing posts with label testimoni. Show all posts
Showing posts with label testimoni. Show all posts

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Chee

Chee Sing Teik berasal dari Kota Marudu, sebuah kampung daif di pedalaman Sabah. Sebagai anak kedua dalam keluarga, beliau seorang yang cergas dan ceria, namun keadaan ini berubah apabila abangnya terbunuh dalam satu kemalangan.

Sing Teik menjadi penyedih dan menyendiri. Beliau mula menjaga adik-adiknya. Demi membantu keluarga, Sing Teik yang rajin ini selalu mencari peluang untuk meningkat baik keadaan keluarganya. Beliau kemudian mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia kerana prestasinya yang cemerlang sebagai guru lukisan sekolah menengah.

Beberapa tahun selepas beliau tamat pengajian di universiti, Sing Teik menjadi guru besar di sebuah sekolah rendah. Beliau berjumpa dengan rakan seuniversitinya yang berkongsi tentang konsep kesihatan dan beberapa produk dengannya. Selepas mengambil produk kesihatan itu, keadaan kesihatan Sing Teik meningkat baik secara luar biasa. Bermula dari saat itu, suatu transformasi yang hebat telah berlaku dalam kehidupan beliau. Dengan berkongsi pengalamannya dengan orang lain, ramai yang telah memperoleh kesihatan yang baik semula. Bagi seorang pelukis yang suka menyendiri, pendiam dan introvert, merangkap guru besar pula, air mukanya telah berubah menjadi ceria dan yakin bagai seorang usahawan.

Sing Teik berkata: “Angka tidak pernah menarik minat saya. Saya tidak kisah tentang ganjaran atau aspek perniagaan; hasrat saya hanya satu, iaitu membantu kawan-kawan saya memperoleh kesihatan semula. Entah bagaimana, asas pelanggan saya berkembang dan membangun menjadi sebuah rangkaian yang besar. Apabila saya menyedari bahawa perniagaan Elken ialah satu peluang perusahaan yang boleh mengubah nasib hidup orang, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan ini secara sepenuh masa.”

Adiknya Sylvester, seorang jurutera JKR yang bijak membajet menyaksikan perubahannya lalu mengambil keputusan menyertai abangnya dalam perniagaan ini. Hari ini, selain menikmati kebebasan kewangan dan kebebasan luar biasa, pasangan adik-beradik ini turut dipandang tinggi oleh kawan-kawan dan saudara-mara. “ Saya benar-benar bersyukur menjadi ahli keluarga Elken yang bukan sahaja membantu saya dan adik saya memperoleh kesejahteraan fizikal tetapi juga menyedari nilai dan tujuan sebenar dalam hidup ini,” ulas Sing Teik.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Chew

Ini sebuah kisah anak muda di kampung nelayan di utara Malaysia.

Namanya Chew Wah. Dia seorang murid pintar di sekolah, anak baik dalam keluarga, pembantu yang cekap di tapak pembinaan ayahnya.

Keluarganya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak. Sesungguhnya, bagi keluarga yang kais pagi makan pagi ini, terlalu banyak hal yang perlu dirisaukan.

Cita-cita menjadi doktor, juruterbang, akauntan, semuanya seolah-olah tiada kaitan dengan dirinya.

Namun secara kebetulan pula pada tahun1993, Chew Wah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Berita tersebut cukup menghangatkan sebuah kampung nelayan yang daif. Pada masa yang sama, ada seorang gadis dengan rela hati berhenti sekolah untuk menjadi operator pengeluaran di Singapura bagi menampung belanja pengajian Chew Wah. Malah di sebelah malam pula gadis itu bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan selepas membaca iklan jawatan kosong itu di akhbar.

Gadis itu bernama San San, iaitu kakak sulung Chew Wah.

Setelah lima tahun bertungkus-lumus menjalankan dua kerja pada satu masa, dan seorang lagi tekun menelaah di menara gading, dua beradik ini telah melakarkan keputusan yang sungguh cemerlang:

•Seorang pemuda kurus yang memakai topi keselamatan jurutera bekerja purata 16 jam sehari
•Seorang kakak yang lesu bergelut dengan masalah migrain sejak sekian lama
•Pinjaman tabung pendidikan yang tak mungkin dapat dilangsaikan
•Sebuah kereta buruk yang sudah berusia 13 tahun
•Sebuah rumah teres kos murah yang disewa bersama
Pada ketika Chew Wah dibelenggu kesengsaraan, beliau menemui Elken.

Elken Spirulina membebaskan San San daripada penderitaan migrain yang membelenggunya selama bertahun-tahun. Hal ini telah meningkatkan kepercayaan dan keghairahan dua beradik ini terhadap Elken. Terima kasih kepada Elken Spirulina.

Tetapi, untuk mengubah seorang jurutera supaya menjadi seorang pengusaha jualan langsung bukanlah perkara mudah. Chew Wah terpaksa bergelut dengan perasaan ego seorang profesional dan tuntutan naluri ingin berubah.

Akhirnya, Chew Wah memilih Elken. Sebuah keluarga besar yang beliau yakin dapat menjayakan dirinya. San San yang telah berulang kali mencipta keputusan yang cemerlang dalam perniagaan Elken turut menyertai Elken secara sepenuh masa enam bulan kemudian.

Inilah kisah lapuk kejayaan perjuangan seorang pemuda kampung.

Namun kisah seperti ini terus berulang dari hari ke hari di keluarga besar Elken dan kisah seperti ini akan terus diceritakan...

Dan anda, mungkin menjadi protagonis kisah yang seterusnya ……

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Penny

“... akhirnya, putera raja dan puteri telah berkahwin dan dikurniai dua orang puteri yang cantik serta seorang putera yang comel. Mereka kemudiannya hidup dengan bahagia dan sejahtera.”

Tiga belas tahun dahulu, Penny benar-benar percaya bahawa bahagian akhir cerita kanak-kanak yang disulami kebahagiaan adalah gambaran kehidupannya yang sebenar.

Bermula pada hari kematian suaminya yang tercinta, gambaran dalam cerita kanak-kanak semakin pudar, dari babak ke babak. Yang mengikutinya adalah sebuah kisah penuh tragis di pentas kota.

Malah Penny bukan sekadar kehilangan seorang suami yang tercinta; sesungguhnya suaminya seorang rakan sepermainan anak-anaknya, juruteknik elektrik di rumah, pembantu peribadinya, pemandu dan pengarah urusan rumah tangga.

Beliau ialah tonggak keluarga Penny.

Apabila puteri telah menjadi Cinderella, babak yang berikutnya ialah tenggelam punca, kebimbangan putus bekalan makanan.

Demi cintannya terhadap tiga orang anak, Penny menggagahkan diri lalu menceburkan diri dalam bidang yang beliau mahir, iaitu mendandan rambut.

Tidak lama selepas itu, akibat beban kerja, dan tekanan perasaan, masalah migrain dan insomnia yang lama hilang kini kembali membelenggu Penny.

Kerana terlalu banyak mengambil ubat tidur dan antibiotik, Penny berubah menjadi seorang wanita yang tidak bermaya, mukanya sembap, badannya lesu, kaki dan tangannya tidak bertenaga.

Pada ketika itu, seorang pelanggan tetapnya memperkenalkan Elken Spirulina kepada Penny.

Pada masa itu, beliau berkata kepada dirinya “Aku ni memang macam botol ubat, hampir semua ubat sudah aku makan, apalah nak kisah sangat kalau makan lebih sejenis lagi!” Maka Penny mula makan Elken Spirulina tanpa memikirkan apa-apa kebarangkalian.

Selepas beberapa bulan, beliau berasa hairan kerana dapat tidur dengan nyenyak dan kepala pun tidak sakit lagi, yang pastinya Penny turut berasa segar dan penuh semangat.

“Penny, air muka awak ni nampak semakin berserilah!”

Entah pelanggannya yang keberapa mengungkapkan kata-kata yang sama menyebabkan Penny menyebut secara tidak sengaja, “Mungkin jasa Elken Spirulina kut!” sambil menilik dirinya di dalam cermin.

Bermula dari detik itu, Penny bukan sahaja mendandan rambut pelanggannya, malah menjadi perunding kesihatan mereka.

Suatu hari selepas 6 bulan berlalu, Penny merenung sekeping cek yang dikeluarkan Elken sambil berkata pada dirinya, “Mungkin silap ni!”

Bonus yang lumayan itu mengejutkan Penny yang tidak tahu langsung tentang jualan langsung.

“Saya hanya berkongsi secara jujur apa yang saya tahu dengan kawan-kawan, betulkah boleh dapat ganjaran yang sebegini lumayan?”

Namun hasil jualan yang cemerlang pada beberapa bulan yang berikutnya menyebabkan ibu tunggal 3 orang anak ini yang dunianya hanyalah anak, cermin, syampu, pengering rambut mula membuat penilaian baru terhadap dirinya.

Bermula dari saat itu, babak tragis yang dilakonkan Penny sudah tamat. Babak yang seterusnya pula ialah motivasi dan kesungguhan.

Sepanjang perjalanan ini, Elken telah membantu seorang wanita kerdil yang terumbang-ambing, seorang ibu tunggal yang tiada keyakinan diri berubah menjadi seorang wanita yang penuh yakin, “asalkan tabah, sesiapa pun boleh menjayakannya!”

Sudah 10 tahun berlalu, Penny bukan sahaja cantik seperti sedia kala, malah beliau hebat sebagai penceramah di atas pentas dan pemimpin yang berkaliber di bawah pentas. Setiap pagi ketika beliau membuka mata dan melihat 3 orang anaknya yang sudah dewasa, Penny tidak boleh lekang mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar Elken yang menyediakan sebuah pentas yang adil dan saksama baginya meneruskan babak-babak dalam kehidupan.

Di sebalik kejayaan wanita yang berjaya ini, beliau sentiasa disokong oleh dua buah keluarga.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-CPShin

Apa kata hadiah sekali setahun anda hanyalah sehelai baju baru?

Ataupun jika elektrik & air paip merupakan kemewahan yang tidak mampu dinikmati oleh keluarga anda?

Sejak dia berupaya membawa baldi, CP Shin bekerja pada hujung minggu bersama ibunya untuk menoreh getah sebelum menjelangnya fajar.

Nasi ayam sungguh sedap tetapi hanya dapat dirasai 3 kali setahun.

Dengan azam untuk membebaskan diri daripada kemiskinan, CP membentuk dirinya menjadi seorang profesional yang unggul.

Malah bagi dirinya, mengekalkan jawatan sebagai Pengurus Kilang MNC belum mencukupi.

Impian menjadi usahawan besar telah menyebabkannya menjugel antara 3 tugas. Dengan bekerja begitu keras, CP sangka dia sudah memperoleh pendapatan yang maksimum.

Sehinggalah munculnya Elken.

CP yang anti jualan langsung kerana menganggap dirinya profesional tulen, dengan berat hati menemani isterinya menghadiri satu perjumpaan.

Di situlah tanggapannya terhadap jualan langsung berubah, tidak lagi menganggap isterinya sebagai penjaja yang melalak.

Sikap mereka yang penuh yakin tenang, penuh kesungguhan, dan profesionalisme menjadikannya berasa seperti seorang amatur.

Produk mereka mempesonakannya.

Pendapatan mereka memeningkan kepalanya.

Budaya Elken yang penyayang dan sanggup berkongsi telah membina mereka untuk membina kesihatan dan kewangan orang lain.

Kini, CP sungguh gembira membina mantan profesional dan sering bertukar baju.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Hii

Pendapat lima angka ketika kemelesetan ekonomi tidak mustahil, kata bekas budak kampung.

Ketika keadaan amat sukar dan semua orang berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk keluarga, budak kampung, Hii Tuang Sing mengimbas kembali bagaimana dia berusaha meninggalkan kampung untuk ke universiti dan akhirnya menemui jalan menjadi pemilik perniagaan yang sedang berkembang maju.

Hii berkata, dia selalu berfikir bahawa menjadikan jurutera sebagai kerjaya profesional, keadaannya akan jauh lebih baik daripada sepupunya yang hanya belajar hingga Tingkat Dua dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi selepas melihat sepupunya, Alan menjadi lebih berkeyakinan, berinteraksi dengan orang lain dan terutamanya apabila dia mula memandu Toyota Corolla, Hii mulai sangsi dengan tanggapannya sebelum ini.

Pada 1998, Hii mengikut sepupunya untuk menyertai sebuah syarikat tempatan yang dikenal sebagai Elken yang telah mula beroperasi beberapa tahun yang lepas. Di sini, dia telah belajar dan memahami kuasa meminjam kekuatan dalam rangkaian pemasaran dengan menduplikasi usaha orang yang telah berjaya.

Hari ini, Hii percaya bahawa kriteria yang paling penting untuk berjaya adalah dengan menyertai syarikat yang tepat, yang menggalakkan budaya berkongsi dan penyayang, bukan sahaja memfokuskan ganjaran kewangan malah penekanan yang sama pada perkembangan diri. Apabila anda menjumpai sebuah syarikat seperti ini, bekerja keras dan tabah. Sepanjang dekad lalu, Hii telah membawa mesej harapan ini kepada ramai orang, membantu mengubah kesihatan ratusan orang, berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta membina ramai usahawan yang berjaya.

Dia menggalakkan semua, sama ada yang muda ataupun yang tua untuk menanamkan set minda yang betul dan mempelajari kemahiran baru supaya dapat menghadapi kenaikan harga yang semakin melambung. Merebut kesempatan kesanggupan syarikat untuk melabur dalam program latihan sistematik, menyediakan sokongan tidak kira di mana pun anda ingin bermula di samping bayaran yang lumayan. Hii yang baru sahaja kembali dari melancong ke Kunming di China, kini yakin bahawa perniagaannya yang tahan menghadapi kemelesetan ekonomi akan terus menjanakan pendapatan yang lumayan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Mary


Apakah harapan Mary?

Ayahnya seorang penjaja, dan ibu pula penoreh getah. 11 ahli keluarga perlu disara.
Keputusan Gred 3 SPM Mary menjadi kebanggaan keluarga.

Namun Mary mengharapkan lebih daripada itu.

Ketika berusia 18 tahun, Mary bekerja sebagai pembersih lantai di restoran makanan segera, selama 12 hingga 16 jam sehari.

5 tahun kemudian, Mary menjadi pengurus dengan pendapatan 4 angka.

Namun, harga kejayaan tidak murah. Waktu kerja yang panjang serta diet yang tidak berkualiti menyebabkannya sering diserang migrain, sembelit dan alergi.

Apabila seorang sahabat memperkenalkan Elken Spirulina kepadanya, Mary mendapat harapan baru ke atas kesihatannya, malah kerjayanya.

Produk Elken, budaya Elken telah membina kesihatan dan pendapatannya.

Tidak lama kemudian, beliau dapat membeli kereta, rumah, dan dapat melancong ke luar negara secara percuma.

Namun, malang tidak berbau.

Ketika Mary hamil 6 bulan, suaminya tiba-tiba meninggal dunia, akibat penyakit jantung.

Selepas bersalin, Mary menghidap kemurungan. Selama setahun, beliau tak berupaya menjaga anaknya sendiri apatah lagi perniagaannya!

Mujurlah dengan sokongan keluarga Elken, beliau dapat terus kekalkan pendapatan bulanan 5 angka.

Hari ini, Mary menaruh harapan yang tinggi ke atas anaknya, dirinya dan semua wanita yang senasib dengannya.

Elken telah menjayakan Mary untuk menjayakan orang lain.