Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Chee

Chee Sing Teik berasal dari Kota Marudu, sebuah kampung daif di pedalaman Sabah. Sebagai anak kedua dalam keluarga, beliau seorang yang cergas dan ceria, namun keadaan ini berubah apabila abangnya terbunuh dalam satu kemalangan.

Sing Teik menjadi penyedih dan menyendiri. Beliau mula menjaga adik-adiknya. Demi membantu keluarga, Sing Teik yang rajin ini selalu mencari peluang untuk meningkat baik keadaan keluarganya. Beliau kemudian mendapat biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia kerana prestasinya yang cemerlang sebagai guru lukisan sekolah menengah.

Beberapa tahun selepas beliau tamat pengajian di universiti, Sing Teik menjadi guru besar di sebuah sekolah rendah. Beliau berjumpa dengan rakan seuniversitinya yang berkongsi tentang konsep kesihatan dan beberapa produk dengannya. Selepas mengambil produk kesihatan itu, keadaan kesihatan Sing Teik meningkat baik secara luar biasa. Bermula dari saat itu, suatu transformasi yang hebat telah berlaku dalam kehidupan beliau. Dengan berkongsi pengalamannya dengan orang lain, ramai yang telah memperoleh kesihatan yang baik semula. Bagi seorang pelukis yang suka menyendiri, pendiam dan introvert, merangkap guru besar pula, air mukanya telah berubah menjadi ceria dan yakin bagai seorang usahawan.

Sing Teik berkata: “Angka tidak pernah menarik minat saya. Saya tidak kisah tentang ganjaran atau aspek perniagaan; hasrat saya hanya satu, iaitu membantu kawan-kawan saya memperoleh kesihatan semula. Entah bagaimana, asas pelanggan saya berkembang dan membangun menjadi sebuah rangkaian yang besar. Apabila saya menyedari bahawa perniagaan Elken ialah satu peluang perusahaan yang boleh mengubah nasib hidup orang, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan menumpukan sepenuh perhatian dalam perniagaan ini secara sepenuh masa.”

Adiknya Sylvester, seorang jurutera JKR yang bijak membajet menyaksikan perubahannya lalu mengambil keputusan menyertai abangnya dalam perniagaan ini. Hari ini, selain menikmati kebebasan kewangan dan kebebasan luar biasa, pasangan adik-beradik ini turut dipandang tinggi oleh kawan-kawan dan saudara-mara. “ Saya benar-benar bersyukur menjadi ahli keluarga Elken yang bukan sahaja membantu saya dan adik saya memperoleh kesejahteraan fizikal tetapi juga menyedari nilai dan tujuan sebenar dalam hidup ini,” ulas Sing Teik.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Chew

Ini sebuah kisah anak muda di kampung nelayan di utara Malaysia.

Namanya Chew Wah. Dia seorang murid pintar di sekolah, anak baik dalam keluarga, pembantu yang cekap di tapak pembinaan ayahnya.

Keluarganya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak. Sesungguhnya, bagi keluarga yang kais pagi makan pagi ini, terlalu banyak hal yang perlu dirisaukan.

Cita-cita menjadi doktor, juruterbang, akauntan, semuanya seolah-olah tiada kaitan dengan dirinya.

Namun secara kebetulan pula pada tahun1993, Chew Wah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Berita tersebut cukup menghangatkan sebuah kampung nelayan yang daif. Pada masa yang sama, ada seorang gadis dengan rela hati berhenti sekolah untuk menjadi operator pengeluaran di Singapura bagi menampung belanja pengajian Chew Wah. Malah di sebelah malam pula gadis itu bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan selepas membaca iklan jawatan kosong itu di akhbar.

Gadis itu bernama San San, iaitu kakak sulung Chew Wah.

Setelah lima tahun bertungkus-lumus menjalankan dua kerja pada satu masa, dan seorang lagi tekun menelaah di menara gading, dua beradik ini telah melakarkan keputusan yang sungguh cemerlang:

•Seorang pemuda kurus yang memakai topi keselamatan jurutera bekerja purata 16 jam sehari
•Seorang kakak yang lesu bergelut dengan masalah migrain sejak sekian lama
•Pinjaman tabung pendidikan yang tak mungkin dapat dilangsaikan
•Sebuah kereta buruk yang sudah berusia 13 tahun
•Sebuah rumah teres kos murah yang disewa bersama
Pada ketika Chew Wah dibelenggu kesengsaraan, beliau menemui Elken.

Elken Spirulina membebaskan San San daripada penderitaan migrain yang membelenggunya selama bertahun-tahun. Hal ini telah meningkatkan kepercayaan dan keghairahan dua beradik ini terhadap Elken. Terima kasih kepada Elken Spirulina.

Tetapi, untuk mengubah seorang jurutera supaya menjadi seorang pengusaha jualan langsung bukanlah perkara mudah. Chew Wah terpaksa bergelut dengan perasaan ego seorang profesional dan tuntutan naluri ingin berubah.

Akhirnya, Chew Wah memilih Elken. Sebuah keluarga besar yang beliau yakin dapat menjayakan dirinya. San San yang telah berulang kali mencipta keputusan yang cemerlang dalam perniagaan Elken turut menyertai Elken secara sepenuh masa enam bulan kemudian.

Inilah kisah lapuk kejayaan perjuangan seorang pemuda kampung.

Namun kisah seperti ini terus berulang dari hari ke hari di keluarga besar Elken dan kisah seperti ini akan terus diceritakan...

Dan anda, mungkin menjadi protagonis kisah yang seterusnya ……

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Penny

“... akhirnya, putera raja dan puteri telah berkahwin dan dikurniai dua orang puteri yang cantik serta seorang putera yang comel. Mereka kemudiannya hidup dengan bahagia dan sejahtera.”

Tiga belas tahun dahulu, Penny benar-benar percaya bahawa bahagian akhir cerita kanak-kanak yang disulami kebahagiaan adalah gambaran kehidupannya yang sebenar.

Bermula pada hari kematian suaminya yang tercinta, gambaran dalam cerita kanak-kanak semakin pudar, dari babak ke babak. Yang mengikutinya adalah sebuah kisah penuh tragis di pentas kota.

Malah Penny bukan sekadar kehilangan seorang suami yang tercinta; sesungguhnya suaminya seorang rakan sepermainan anak-anaknya, juruteknik elektrik di rumah, pembantu peribadinya, pemandu dan pengarah urusan rumah tangga.

Beliau ialah tonggak keluarga Penny.

Apabila puteri telah menjadi Cinderella, babak yang berikutnya ialah tenggelam punca, kebimbangan putus bekalan makanan.

Demi cintannya terhadap tiga orang anak, Penny menggagahkan diri lalu menceburkan diri dalam bidang yang beliau mahir, iaitu mendandan rambut.

Tidak lama selepas itu, akibat beban kerja, dan tekanan perasaan, masalah migrain dan insomnia yang lama hilang kini kembali membelenggu Penny.

Kerana terlalu banyak mengambil ubat tidur dan antibiotik, Penny berubah menjadi seorang wanita yang tidak bermaya, mukanya sembap, badannya lesu, kaki dan tangannya tidak bertenaga.

Pada ketika itu, seorang pelanggan tetapnya memperkenalkan Elken Spirulina kepada Penny.

Pada masa itu, beliau berkata kepada dirinya “Aku ni memang macam botol ubat, hampir semua ubat sudah aku makan, apalah nak kisah sangat kalau makan lebih sejenis lagi!” Maka Penny mula makan Elken Spirulina tanpa memikirkan apa-apa kebarangkalian.

Selepas beberapa bulan, beliau berasa hairan kerana dapat tidur dengan nyenyak dan kepala pun tidak sakit lagi, yang pastinya Penny turut berasa segar dan penuh semangat.

“Penny, air muka awak ni nampak semakin berserilah!”

Entah pelanggannya yang keberapa mengungkapkan kata-kata yang sama menyebabkan Penny menyebut secara tidak sengaja, “Mungkin jasa Elken Spirulina kut!” sambil menilik dirinya di dalam cermin.

Bermula dari detik itu, Penny bukan sahaja mendandan rambut pelanggannya, malah menjadi perunding kesihatan mereka.

Suatu hari selepas 6 bulan berlalu, Penny merenung sekeping cek yang dikeluarkan Elken sambil berkata pada dirinya, “Mungkin silap ni!”

Bonus yang lumayan itu mengejutkan Penny yang tidak tahu langsung tentang jualan langsung.

“Saya hanya berkongsi secara jujur apa yang saya tahu dengan kawan-kawan, betulkah boleh dapat ganjaran yang sebegini lumayan?”

Namun hasil jualan yang cemerlang pada beberapa bulan yang berikutnya menyebabkan ibu tunggal 3 orang anak ini yang dunianya hanyalah anak, cermin, syampu, pengering rambut mula membuat penilaian baru terhadap dirinya.

Bermula dari saat itu, babak tragis yang dilakonkan Penny sudah tamat. Babak yang seterusnya pula ialah motivasi dan kesungguhan.

Sepanjang perjalanan ini, Elken telah membantu seorang wanita kerdil yang terumbang-ambing, seorang ibu tunggal yang tiada keyakinan diri berubah menjadi seorang wanita yang penuh yakin, “asalkan tabah, sesiapa pun boleh menjayakannya!”

Sudah 10 tahun berlalu, Penny bukan sahaja cantik seperti sedia kala, malah beliau hebat sebagai penceramah di atas pentas dan pemimpin yang berkaliber di bawah pentas. Setiap pagi ketika beliau membuka mata dan melihat 3 orang anaknya yang sudah dewasa, Penny tidak boleh lekang mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar Elken yang menyediakan sebuah pentas yang adil dan saksama baginya meneruskan babak-babak dalam kehidupan.

Di sebalik kejayaan wanita yang berjaya ini, beliau sentiasa disokong oleh dua buah keluarga.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-CPShin

Apa kata hadiah sekali setahun anda hanyalah sehelai baju baru?

Ataupun jika elektrik & air paip merupakan kemewahan yang tidak mampu dinikmati oleh keluarga anda?

Sejak dia berupaya membawa baldi, CP Shin bekerja pada hujung minggu bersama ibunya untuk menoreh getah sebelum menjelangnya fajar.

Nasi ayam sungguh sedap tetapi hanya dapat dirasai 3 kali setahun.

Dengan azam untuk membebaskan diri daripada kemiskinan, CP membentuk dirinya menjadi seorang profesional yang unggul.

Malah bagi dirinya, mengekalkan jawatan sebagai Pengurus Kilang MNC belum mencukupi.

Impian menjadi usahawan besar telah menyebabkannya menjugel antara 3 tugas. Dengan bekerja begitu keras, CP sangka dia sudah memperoleh pendapatan yang maksimum.

Sehinggalah munculnya Elken.

CP yang anti jualan langsung kerana menganggap dirinya profesional tulen, dengan berat hati menemani isterinya menghadiri satu perjumpaan.

Di situlah tanggapannya terhadap jualan langsung berubah, tidak lagi menganggap isterinya sebagai penjaja yang melalak.

Sikap mereka yang penuh yakin tenang, penuh kesungguhan, dan profesionalisme menjadikannya berasa seperti seorang amatur.

Produk mereka mempesonakannya.

Pendapatan mereka memeningkan kepalanya.

Budaya Elken yang penyayang dan sanggup berkongsi telah membina mereka untuk membina kesihatan dan kewangan orang lain.

Kini, CP sungguh gembira membina mantan profesional dan sering bertukar baju.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Hii

Pendapat lima angka ketika kemelesetan ekonomi tidak mustahil, kata bekas budak kampung.

Ketika keadaan amat sukar dan semua orang berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk keluarga, budak kampung, Hii Tuang Sing mengimbas kembali bagaimana dia berusaha meninggalkan kampung untuk ke universiti dan akhirnya menemui jalan menjadi pemilik perniagaan yang sedang berkembang maju.

Hii berkata, dia selalu berfikir bahawa menjadikan jurutera sebagai kerjaya profesional, keadaannya akan jauh lebih baik daripada sepupunya yang hanya belajar hingga Tingkat Dua dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi selepas melihat sepupunya, Alan menjadi lebih berkeyakinan, berinteraksi dengan orang lain dan terutamanya apabila dia mula memandu Toyota Corolla, Hii mulai sangsi dengan tanggapannya sebelum ini.

Pada 1998, Hii mengikut sepupunya untuk menyertai sebuah syarikat tempatan yang dikenal sebagai Elken yang telah mula beroperasi beberapa tahun yang lepas. Di sini, dia telah belajar dan memahami kuasa meminjam kekuatan dalam rangkaian pemasaran dengan menduplikasi usaha orang yang telah berjaya.

Hari ini, Hii percaya bahawa kriteria yang paling penting untuk berjaya adalah dengan menyertai syarikat yang tepat, yang menggalakkan budaya berkongsi dan penyayang, bukan sahaja memfokuskan ganjaran kewangan malah penekanan yang sama pada perkembangan diri. Apabila anda menjumpai sebuah syarikat seperti ini, bekerja keras dan tabah. Sepanjang dekad lalu, Hii telah membawa mesej harapan ini kepada ramai orang, membantu mengubah kesihatan ratusan orang, berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta membina ramai usahawan yang berjaya.

Dia menggalakkan semua, sama ada yang muda ataupun yang tua untuk menanamkan set minda yang betul dan mempelajari kemahiran baru supaya dapat menghadapi kenaikan harga yang semakin melambung. Merebut kesempatan kesanggupan syarikat untuk melabur dalam program latihan sistematik, menyediakan sokongan tidak kira di mana pun anda ingin bermula di samping bayaran yang lumayan. Hii yang baru sahaja kembali dari melancong ke Kunming di China, kini yakin bahawa perniagaannya yang tahan menghadapi kemelesetan ekonomi akan terus menjanakan pendapatan yang lumayan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Mary


Apakah harapan Mary?

Ayahnya seorang penjaja, dan ibu pula penoreh getah. 11 ahli keluarga perlu disara.
Keputusan Gred 3 SPM Mary menjadi kebanggaan keluarga.

Namun Mary mengharapkan lebih daripada itu.

Ketika berusia 18 tahun, Mary bekerja sebagai pembersih lantai di restoran makanan segera, selama 12 hingga 16 jam sehari.

5 tahun kemudian, Mary menjadi pengurus dengan pendapatan 4 angka.

Namun, harga kejayaan tidak murah. Waktu kerja yang panjang serta diet yang tidak berkualiti menyebabkannya sering diserang migrain, sembelit dan alergi.

Apabila seorang sahabat memperkenalkan Elken Spirulina kepadanya, Mary mendapat harapan baru ke atas kesihatannya, malah kerjayanya.

Produk Elken, budaya Elken telah membina kesihatan dan pendapatannya.

Tidak lama kemudian, beliau dapat membeli kereta, rumah, dan dapat melancong ke luar negara secara percuma.

Namun, malang tidak berbau.

Ketika Mary hamil 6 bulan, suaminya tiba-tiba meninggal dunia, akibat penyakit jantung.

Selepas bersalin, Mary menghidap kemurungan. Selama setahun, beliau tak berupaya menjaga anaknya sendiri apatah lagi perniagaannya!

Mujurlah dengan sokongan keluarga Elken, beliau dapat terus kekalkan pendapatan bulanan 5 angka.

Hari ini, Mary menaruh harapan yang tinggi ke atas anaknya, dirinya dan semua wanita yang senasib dengannya.

Elken telah menjayakan Mary untuk menjayakan orang lain.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Wan

Kehilangan Ayah ketika baru berusia 2 tahun, tinggallah Mak membesarkan Wan & 8 orang adik-beradiknya seorang diri.

Mak bekerja keras mengambil upah membersihkan ikan, bekerja di bendang dan menjual kain baju [Sesungguhnya, Mak seorang yang amat berdaya usaha], namun ia masih tidak mencukupi untuk menangkis kepapaan Wan sekeluarga.

Wan membesar tanpa mengharapkan yang lebih-lebih.

Namun demikian, kesemua 9 orang anak Mak berjaya ke menara gading. Dengan upah Mak yang hanya sekitar RM20 sehingga RM30 sebulan.

Mak sungguh gembira apabila Wan bertemu jodoh dengan seorang doktor. Kemudian, Wan menjadi Imam yang bersikap keusahawaan yang pertama di kampungnya. Katanya keturunan yang baik.

Membantu orang lain secara rohaniah merangsang semangatnya untuk membantu mereka secara fizikal juga. Sehingga ini, Wan telah menjual pelbagai jenis suplemen daripada 20 lebih buah syarikat yang berlainan.

Namun tidak ada satu pun yang mampu melegakan ketidakselesaan anak lelaki atau mentuanya.

Tidak sehinggalah dia menemukan Elken.

Elken mengubah kehidupan, kesihatan dan pendapatan mereka sekeluarga.

Tidak lama kemudian, Wan menjadi pengedar Elken. Kedua-dua mereka berkongsi satu falsafah : membina seseorang untuk membina orang lain. Elken telah mengasah Wan, dan kemudiannya membina bangsa.

Salah seorang ahli dalam rangkaian Wan pada peringkat awal ialah guru yang telah berkhidmat selama 7 tahun. Wan duplikasikan cara Elken yang membinanya dan kagum atas perkembangan peribadinya.

Berfikiran positif, bersikap humor, mudah bergaul dengan kawan, sabar adalah sebahagian daripada kualiti yang dimiliki oleh guru itu. Tak tersebut pendapatan 5 angka yang diperolehi, seperti kebanyakan ahli-ahli Wan yang lain.

Kini, Wan [kadang-kadang bersama Mak] sering bersiar-siar dengan riang dalam kereta Nissan X-Trailnya untuk membina mereka yang masih tidak mengharapkan yang lebih-lebih dalam hidup ini.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Sathiya

Transformasi yang Didambakan

Tidak ramai kanak-kanak yang menaiki kereta api ke sekolah setiap hari.

Hanya Sathiya.

Ayahnya, seorang pemandu kereta api, mengenakan peraturan yang ketat. Dia harus menghabiskan kerja sekolah dan membantu meringankan kerja rumah pada hujung minggu dan semasa cuti sekolah.

Tetapi selepas Sathiya berkahwin, dia dan isterinya berpindah untuk tinggal berasingan, namun terpaksa mengalami banyak keperitan hidup.

Malah mereka mendapati amat sukar untuk memperoleh pendapatan yang cukup untuk menampung makan minum dan pakai sehari-hari.

Berazam untuk menamatkan kemiskinan, Sathiya bekerja dengan lebih kuat lagi sehingga dia berjaya dinaikkan pangkat daripada penolong pengurus kepada HOD (Ketua Jabatan) kemudian menjadi seorang usahawan.

Kehilangan segala-galanya. Betul-betul dalam semalaman sahaja dia jatuh kedana semula.

Banyak perniagaan MLM & Insurans yang diterokainya rugi atau gagal.

Sudah diduga, apabila Elken muncul di hadapannya, Sathiya amat ragu-ragu.

Daripada tidak yakin pada perjumpaan Elken yang pertama, dia mengambil keputusan untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang Elken pada perjumpaan yang kedua, dan dia memberi peluang kepada Elken.

Setelah itu, dia memberi peluang kepada dirinya. Satu peluang untuk membina semula kerjaya dan kehidupannya. Dalam tempoh 3 bulan, dia menerima pendapatan 5 angka yang pertamanya sekali gus mendapat sokongan daripada isterinya.

Nasib Sathiya berubah. Begitu pantas sekali.

Lebih menyeronokkan lagi, Sistem Pendidikan, produk, budaya penyayang dan sanggup berkongsi Elken telah membantu Sathiya membina kesihatan dan kewangan orang lain.

Kini dia sudah bebas daripada segala hutang-piutang, Sathiya telah berjaya mengatasi segala kesulitan kewangan dan terus dibina oleh Elken sementara dia pula membina orang lain di sekelilingnya.

Sungguh indah kehidupan ini. Akhirnya.

Elken. Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Kenny

Masih segar dalam ingatan Kenny ketika pulang selepas sekolah di bawah terik matahari, rakan sekolahnya akan singgah di bawah teduhan pokok untuk membeli air batu parut sedangkan beliau pula mengayuh basikal tuanya dengan sekuat hati untuk cepat sampai di bengkel kereta.

Lelaki tua dengan wajah lesu yang menjual air batu parut di bawah pokok itu pula ialah ayah Kenny yang terpaksa menyara sembilan orang ahli keluarganya.

Yang Pastinya, Air Batu Parut yang Berwarna-warni Bukan Impian Zaman Kanak-kanak Kenny

Kerana masalah yuran semester, Kenny terpaksa pertimbangkan antara melanjutkan pelajaran atau berhenti sekolah.

Kenny merupakan satu-satunya pelajar di sekolahnya yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Yang ironinya, pada hari Kenny tamat pengajian di sekolah menengah, hari itu jugalah merupakan hari beliau dilantik menjadi pekerja sepenuh masa di bengkel bapa saudara sebelah ibunya. Memandangkan keadaan keluarganya yang daif, perkara seperti ini memang tidak menghairankan.

Tiga tahun kemudian, bapa saudaranya meninggal dunia. Kenny dinaikkan pangkat menjadi pemilik bengkel. Hal ini juga dianggap munasabah.

Bekerja, bekerja dan terus bekerja, inilah pedoman hidup Kenny.

Selepas tiga tahun, beliau sudah menjadi bos kepada 10 orang pekerja. Pada pandangan orang lain, Kenny seorang yang mabuk kerja, tidak pernah meluangkan masa untuk soal peribadinya.

Pada tahun baru 1990, ketika menghantar pergi tahun lama, beliau turut menghantar pergi pekerjanya yang minta berhenti beramai-ramai.

Dalam sekelip mata, bengkelnya hampir kosong.

Pendapatan syarikat turut membeku.

Kaki ibu dan kakaknya juga lumpuh pada masa yang sama.

Dunia Kenny seolah-olah telah musnah.

Usaha keras yang dilaburkan selama ini hanya tinggal perasaan sedih pilu seorang lelaki separuh usia yang berasa dikhianati seluruh dunia.

Elken yang membantunya berdiri semula.

Di Elken, Kenny menemui platform yang membolehkannya menguruskan kehidupannya semula, malah memahami falsafah kesihatan.

Dalam keluarga besar yang unik ini, semakin banyak yang kita laburkan, semakin besarlah ganjarannya.

Akhirnya, Kenny menemui kesihatan, kekayaan dan kebebasan yang dicari-carinya selama ini.

Dengan kemampuan kewangan yang semakin meningkat serta persekitaran kerja yang kondusif, Kenny yang berusia 55 tahun telah memperoleh dua ijazah masing-masing dari Universiti Terbuka Antarabangsa dan Universiti Beijing, sekali gus memakbulkan impiannya untuk mendalami pengurusan kesihatan kendiri.

Hari ini, dengan membawa misi membalas budi, Kenny yang serba baru telah menjelajah ke seluruh pelosok desa dan kota di seluruh Asia.

Dengan ilmu yang dipelajarinya, beliau menambah baik kesihatan dan menjayakan kehidupan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Kerana beliau amat percaya Elken menjayakannya untuk menjayakan bangsa! Asalkan kita berani menyumbang, ganjaran dan rasa kepuasan akan sentiasa menanti kita.

Dan usia, sesungguhnya bukan penghalang.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-JoonLiang

Tidak disangka bahawa Joon Liang sedang berhadapan dengan maut.

Beliau seorang pelari sejak muda; tidak merokok ataupun minum minuman keras. Beliau mengamalkan makanan sihat, bersenam secara nalar dan tidur awal.

Namun pada suatu petang, seluruh hidupnya berubah; buat selama-lamanya.

Bau hanyir di bilik mandi. Joon Liang merenung muntahnya di dalam singki. “Ketidakhadaman,” beliau membuat kesimpulan. Tetapi malang, doktornya ada kesimpulan yang berbeza.

Joon Liang sedang mengalami kegagalan buah pinggang. Paras kreatininanya adalah 13 kali lebih tinggi daripada normal. Selagi belum ada penderma organ, dialisislah satu-satunya harapan beliau.

Beliau tidak lagi bermimpi menjadi seorang jurutera, hanya berharap akan sembuh daripada penyakitnya. Akhirnya ada seorang penderma organ yang sesuai dengannya: iaitu ibunya. Walaupun pembedahan itu berjaya, paras kreatininanya masih tinggi. Doktor mengesyorkan air osmosis songsang

Itulah kala Joon Liang menemui Sistem Penulenan Air RO Bio Pure Elken. Bebas bahan cemar dan benar-benar sempurna, air ini menormalkan paras kreatininanya dalam masa 3 bulan!

Sambil beliau mengembalikan tahap kesihatannya, Joon Liang menghayati budaya penyayang dan sanggup berkongsi Elken. Kini beliau berani bermimpi semula dan berikrar untuk menjayakan orang lain. Sudah 8 tahun sejak Joon Liang menyertai Elken secara sepenuh masa. Pada Joon Liang, dan ramai lagi yang dijayakannya, semuanya adalah kerana air yang sempurna dan kerjaya yang sempurna.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Kemby

Dibesarkan di sebuah kampung di Bau, Kuching, ibu bapa Kemby Anak Assan selalu menanamkan falsafah dalam dirinya bahawa pendidikan ialah kunci kejayaan. Kemby amat percaya akan hakikat ini lalu beliau berusaha memperoleh ijazah sarjana muda, kemudian ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Awam. Namun ketika beliau di universiti, beliau memulakan satu perniagaan dalam pemasaran berangkaian dan mula meraih pendapatan melebihi RM2000 sebulan. Pada masa beliau tamat pengajian, Kemby begitu yakin tentang potensi perniagaannya sehingga beliau menolak 2 tawaran menjadi pensyarah di universiti dan satu lagi menjadi jurutera projek.

“Saya sentiasa percaya bahawa setiap orang berpotensi untuk berjaya. Apabila saya nampak potensi perniagaan ini, saya tahu bahawa masa untuk saya bersinar sudah tiba. Produk Elken bukan sahaja telah meningkat baik kesihatan saya tetapi juga kesihatan ibu bapa saya. Mereka lebih cergas sekarang dan kurang berpenyakit. Pakaian dalam Corpsdereves juga membantu isteri saya melangsingkan badan serta mengembalikan potongan badannya yang menawan,” kata Kemby.

Perniagaan Kemby telah mendatangkan bayak faedah, termasuk menjadi pemilik sebuah Toyota Fortuner dan sebuah banglo 2 tingkat pada usia 32 tahun. Kemby juga berasa amat gembira dapat membawakan harapan kesihatan kepada ratusan orang apabila rangkaiannya berkembang maju di Sarawak dan Sabah serta Semenanjung Malaysia. “Cahaya di wajah mereka yang berjaya memperoleh semula kesihatan mereka ialah sesuatu yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit,” kata Kemby. “Ia merupakan suatu perasaan yang sungguh menakjubkan.”

Kejayaan beliau turut merangsang semangat adik-beradik dan sepupunya untuk menyertai Elken. Kakaknya, yang dahulu seorang guru kini meraih pendapatan 5 angka sebulan dan berjaya membeli kereta pertamanya selepas hanya 4 tahun menyertai Elken. Kemby turut memupuk pemimpin perniagaan yang terdiri daripada mereka yang tercicir dari sekolah, suri rumah, pesara tentera, guru dan profesional yang lain. “Sesiapa sahaja boleh melakukannya, asalkan anda berani berubah. Di Elken, kita selalu menekankan usaha pembangunan manusia, sama ada dari segi kesihatan, kewangan, kecantikan ataupun perkembangan peribadi,” kata Kemby.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken -Dermatasiah

Adalah mudah untuk mengesan seorang penyendiri sejak kecil lagi. Dia tidak mempunyai rakan bermain sewaktu rehat. Tiada panggilan telefon untuknya. Tiada permainan papan. Seperti kanak-kanak yang lain, Dermatasiah mengharapkan dampingan & kemesraan.

Walaupun ia telah mencuba sedaya-upaya, pekerjaan bapanya tidak mengizinkannya untuk tinggal lama di satu-satu tempat untuk menjalinkan persahabatan.

Ketika berusia 8 tahun, Dermatasiah berasa hampa.

Mujurlah pada usia 35 tahun, dia menemui Air R.O Siri Elken Bio Pure.

Tembok penyendiriannya diretakkan.

Tiba-tiba tanggapan muda Dermatasiah berubah. Mindanya terbuka untuk kemungkinan baru.

Faedah kesihatan Air Bio Pure telah mula membuka pintu hati ahli keluarganya. Mereka melihat diri Dermatasiah yang baru & mereka diyakinkan.

Sementara budaya penyayang & berkongsi Elken mengasah kemahirannya, lingkaran itu terus berkembang.

Dia meninggalkan kerjaya berpendapatan lumayan di sektor perbankan untuk mengikut gaya hidup Elken serta menjadikannya mata pencarian hidupnya.

Pernah suatu ketika dahulu, dia tidak mempunyai tetamu pada Hari Raya. Tetapi kini, dia berasa seperti seorang YB pada hari terbuka.

Elken menjayakan Dermatasiah agar dia dapat menjayakan kawan-kawannya.

Terima kasih kepada air Bio Pure. Dermatasiah telah memperoleh sahabat & pendapatan & kereta besar.

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken

Haji sibuk menolong ayah menoreh getah ketika rakan-rakannya bersuka ria pada musim cuti sekolah.
Pada hari persekolahan pula, Haji menjual kuih ibunya dan buah-buahan kepada rakan-rakan sekolah.
Membesar di persekitaran FELDA nyata membentuk semangat keusahawanannya.
Apabila dewasa, Haji menjadi juruaudit dan menjalankan 2 perniagaan.
Namun beliau mahukan yang lebih baik untuk keluarganya.

Namun semuanya kecundang, walaupun yang ternama.
Akhirnya, beliau bosan dan menyerah kalah.
Sehingga beliau bertemu dengan Elken.
Sebagai juruaudit loji rawatan air, isterinya amat peka tentang peri pentingnya air tulen terhadap kesihatan.
Terutamanya sakit badan dan sakit sendi. Kesakitannya begitu kuat sehingga suplemen harian dan pemeriksaan bulanan pun tidak dapat melegakannya.
Maka, beliau membeli satu unit Penapis Air RO Elken Bio Pure.
Dalam masa 3 minggu, kesengsaraan yang dialaminya bertahun-tahun berakhir sudah. Masalah migrain dan kekejangan haid sejak muda juga turut lenyap.

Kalaulah MLM ini dapat menjaga kesihatan, bagaimana pula dengan pendapatan?
Haji terus mendalami sistem pemasaran & budaya penyayang Elken.
Semangat keusahawanan Haji disemarakkan kembali!
Dalam masa 3 bulan berkongsi testimoni secara sambilan, beliau meraih pendapatan 5 angka.
Kini, pasangan ini berusaha secara sepenuh masa melatih downline seperti mana mereka dilatih dahulu: langkah demi langkah menggunakan buku panduan produk, testimoni dan juga tunjuk cara.
Hari ini, ramai peneroka FELDA dan para profesional di bandar telah dijayakannya. Terima kasih kepada Haji kerana berkongsi kejayaan dengan mereka di Elken.