Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Chew

Ini sebuah kisah anak muda di kampung nelayan di utara Malaysia.

Namanya Chew Wah. Dia seorang murid pintar di sekolah, anak baik dalam keluarga, pembantu yang cekap di tapak pembinaan ayahnya.

Keluarganya tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak. Sesungguhnya, bagi keluarga yang kais pagi makan pagi ini, terlalu banyak hal yang perlu dirisaukan.

Cita-cita menjadi doktor, juruterbang, akauntan, semuanya seolah-olah tiada kaitan dengan dirinya.

Namun secara kebetulan pula pada tahun1993, Chew Wah berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. Berita tersebut cukup menghangatkan sebuah kampung nelayan yang daif. Pada masa yang sama, ada seorang gadis dengan rela hati berhenti sekolah untuk menjadi operator pengeluaran di Singapura bagi menampung belanja pengajian Chew Wah. Malah di sebelah malam pula gadis itu bekerja di sebuah restoran sebagai pelayan selepas membaca iklan jawatan kosong itu di akhbar.

Gadis itu bernama San San, iaitu kakak sulung Chew Wah.

Setelah lima tahun bertungkus-lumus menjalankan dua kerja pada satu masa, dan seorang lagi tekun menelaah di menara gading, dua beradik ini telah melakarkan keputusan yang sungguh cemerlang:

•Seorang pemuda kurus yang memakai topi keselamatan jurutera bekerja purata 16 jam sehari
•Seorang kakak yang lesu bergelut dengan masalah migrain sejak sekian lama
•Pinjaman tabung pendidikan yang tak mungkin dapat dilangsaikan
•Sebuah kereta buruk yang sudah berusia 13 tahun
•Sebuah rumah teres kos murah yang disewa bersama
Pada ketika Chew Wah dibelenggu kesengsaraan, beliau menemui Elken.

Elken Spirulina membebaskan San San daripada penderitaan migrain yang membelenggunya selama bertahun-tahun. Hal ini telah meningkatkan kepercayaan dan keghairahan dua beradik ini terhadap Elken. Terima kasih kepada Elken Spirulina.

Tetapi, untuk mengubah seorang jurutera supaya menjadi seorang pengusaha jualan langsung bukanlah perkara mudah. Chew Wah terpaksa bergelut dengan perasaan ego seorang profesional dan tuntutan naluri ingin berubah.

Akhirnya, Chew Wah memilih Elken. Sebuah keluarga besar yang beliau yakin dapat menjayakan dirinya. San San yang telah berulang kali mencipta keputusan yang cemerlang dalam perniagaan Elken turut menyertai Elken secara sepenuh masa enam bulan kemudian.

Inilah kisah lapuk kejayaan perjuangan seorang pemuda kampung.

Namun kisah seperti ini terus berulang dari hari ke hari di keluarga besar Elken dan kisah seperti ini akan terus diceritakan...

Dan anda, mungkin menjadi protagonis kisah yang seterusnya ……

No comments:

Post a Comment