Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Kemby

Dibesarkan di sebuah kampung di Bau, Kuching, ibu bapa Kemby Anak Assan selalu menanamkan falsafah dalam dirinya bahawa pendidikan ialah kunci kejayaan. Kemby amat percaya akan hakikat ini lalu beliau berusaha memperoleh ijazah sarjana muda, kemudian ijazah sarjana dalam bidang Kejuruteraan Awam. Namun ketika beliau di universiti, beliau memulakan satu perniagaan dalam pemasaran berangkaian dan mula meraih pendapatan melebihi RM2000 sebulan. Pada masa beliau tamat pengajian, Kemby begitu yakin tentang potensi perniagaannya sehingga beliau menolak 2 tawaran menjadi pensyarah di universiti dan satu lagi menjadi jurutera projek.

“Saya sentiasa percaya bahawa setiap orang berpotensi untuk berjaya. Apabila saya nampak potensi perniagaan ini, saya tahu bahawa masa untuk saya bersinar sudah tiba. Produk Elken bukan sahaja telah meningkat baik kesihatan saya tetapi juga kesihatan ibu bapa saya. Mereka lebih cergas sekarang dan kurang berpenyakit. Pakaian dalam Corpsdereves juga membantu isteri saya melangsingkan badan serta mengembalikan potongan badannya yang menawan,” kata Kemby.

Perniagaan Kemby telah mendatangkan bayak faedah, termasuk menjadi pemilik sebuah Toyota Fortuner dan sebuah banglo 2 tingkat pada usia 32 tahun. Kemby juga berasa amat gembira dapat membawakan harapan kesihatan kepada ratusan orang apabila rangkaiannya berkembang maju di Sarawak dan Sabah serta Semenanjung Malaysia. “Cahaya di wajah mereka yang berjaya memperoleh semula kesihatan mereka ialah sesuatu yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit,” kata Kemby. “Ia merupakan suatu perasaan yang sungguh menakjubkan.”

Kejayaan beliau turut merangsang semangat adik-beradik dan sepupunya untuk menyertai Elken. Kakaknya, yang dahulu seorang guru kini meraih pendapatan 5 angka sebulan dan berjaya membeli kereta pertamanya selepas hanya 4 tahun menyertai Elken. Kemby turut memupuk pemimpin perniagaan yang terdiri daripada mereka yang tercicir dari sekolah, suri rumah, pesara tentera, guru dan profesional yang lain. “Sesiapa sahaja boleh melakukannya, asalkan anda berani berubah. Di Elken, kita selalu menekankan usaha pembangunan manusia, sama ada dari segi kesihatan, kewangan, kecantikan ataupun perkembangan peribadi,” kata Kemby.

No comments:

Post a Comment