Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Kenny

Masih segar dalam ingatan Kenny ketika pulang selepas sekolah di bawah terik matahari, rakan sekolahnya akan singgah di bawah teduhan pokok untuk membeli air batu parut sedangkan beliau pula mengayuh basikal tuanya dengan sekuat hati untuk cepat sampai di bengkel kereta.

Lelaki tua dengan wajah lesu yang menjual air batu parut di bawah pokok itu pula ialah ayah Kenny yang terpaksa menyara sembilan orang ahli keluarganya.

Yang Pastinya, Air Batu Parut yang Berwarna-warni Bukan Impian Zaman Kanak-kanak Kenny

Kerana masalah yuran semester, Kenny terpaksa pertimbangkan antara melanjutkan pelajaran atau berhenti sekolah.

Kenny merupakan satu-satunya pelajar di sekolahnya yang mendapat pangkat A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Yang ironinya, pada hari Kenny tamat pengajian di sekolah menengah, hari itu jugalah merupakan hari beliau dilantik menjadi pekerja sepenuh masa di bengkel bapa saudara sebelah ibunya. Memandangkan keadaan keluarganya yang daif, perkara seperti ini memang tidak menghairankan.

Tiga tahun kemudian, bapa saudaranya meninggal dunia. Kenny dinaikkan pangkat menjadi pemilik bengkel. Hal ini juga dianggap munasabah.

Bekerja, bekerja dan terus bekerja, inilah pedoman hidup Kenny.

Selepas tiga tahun, beliau sudah menjadi bos kepada 10 orang pekerja. Pada pandangan orang lain, Kenny seorang yang mabuk kerja, tidak pernah meluangkan masa untuk soal peribadinya.

Pada tahun baru 1990, ketika menghantar pergi tahun lama, beliau turut menghantar pergi pekerjanya yang minta berhenti beramai-ramai.

Dalam sekelip mata, bengkelnya hampir kosong.

Pendapatan syarikat turut membeku.

Kaki ibu dan kakaknya juga lumpuh pada masa yang sama.

Dunia Kenny seolah-olah telah musnah.

Usaha keras yang dilaburkan selama ini hanya tinggal perasaan sedih pilu seorang lelaki separuh usia yang berasa dikhianati seluruh dunia.

Elken yang membantunya berdiri semula.

Di Elken, Kenny menemui platform yang membolehkannya menguruskan kehidupannya semula, malah memahami falsafah kesihatan.

Dalam keluarga besar yang unik ini, semakin banyak yang kita laburkan, semakin besarlah ganjarannya.

Akhirnya, Kenny menemui kesihatan, kekayaan dan kebebasan yang dicari-carinya selama ini.

Dengan kemampuan kewangan yang semakin meningkat serta persekitaran kerja yang kondusif, Kenny yang berusia 55 tahun telah memperoleh dua ijazah masing-masing dari Universiti Terbuka Antarabangsa dan Universiti Beijing, sekali gus memakbulkan impiannya untuk mendalami pengurusan kesihatan kendiri.

Hari ini, dengan membawa misi membalas budi, Kenny yang serba baru telah menjelajah ke seluruh pelosok desa dan kota di seluruh Asia.

Dengan ilmu yang dipelajarinya, beliau menambah baik kesihatan dan menjayakan kehidupan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

Kerana beliau amat percaya Elken menjayakannya untuk menjayakan bangsa! Asalkan kita berani menyumbang, ganjaran dan rasa kepuasan akan sentiasa menanti kita.

Dan usia, sesungguhnya bukan penghalang.

No comments:

Post a Comment