Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Hii

Pendapat lima angka ketika kemelesetan ekonomi tidak mustahil, kata bekas budak kampung.

Ketika keadaan amat sukar dan semua orang berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk keluarga, budak kampung, Hii Tuang Sing mengimbas kembali bagaimana dia berusaha meninggalkan kampung untuk ke universiti dan akhirnya menemui jalan menjadi pemilik perniagaan yang sedang berkembang maju.

Hii berkata, dia selalu berfikir bahawa menjadikan jurutera sebagai kerjaya profesional, keadaannya akan jauh lebih baik daripada sepupunya yang hanya belajar hingga Tingkat Dua dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi selepas melihat sepupunya, Alan menjadi lebih berkeyakinan, berinteraksi dengan orang lain dan terutamanya apabila dia mula memandu Toyota Corolla, Hii mulai sangsi dengan tanggapannya sebelum ini.

Pada 1998, Hii mengikut sepupunya untuk menyertai sebuah syarikat tempatan yang dikenal sebagai Elken yang telah mula beroperasi beberapa tahun yang lepas. Di sini, dia telah belajar dan memahami kuasa meminjam kekuatan dalam rangkaian pemasaran dengan menduplikasi usaha orang yang telah berjaya.

Hari ini, Hii percaya bahawa kriteria yang paling penting untuk berjaya adalah dengan menyertai syarikat yang tepat, yang menggalakkan budaya berkongsi dan penyayang, bukan sahaja memfokuskan ganjaran kewangan malah penekanan yang sama pada perkembangan diri. Apabila anda menjumpai sebuah syarikat seperti ini, bekerja keras dan tabah. Sepanjang dekad lalu, Hii telah membawa mesej harapan ini kepada ramai orang, membantu mengubah kesihatan ratusan orang, berkongsi pengetahuan dan kemahiran serta membina ramai usahawan yang berjaya.

Dia menggalakkan semua, sama ada yang muda ataupun yang tua untuk menanamkan set minda yang betul dan mempelajari kemahiran baru supaya dapat menghadapi kenaikan harga yang semakin melambung. Merebut kesempatan kesanggupan syarikat untuk melabur dalam program latihan sistematik, menyediakan sokongan tidak kira di mana pun anda ingin bermula di samping bayaran yang lumayan. Hii yang baru sahaja kembali dari melancong ke Kunming di China, kini yakin bahawa perniagaannya yang tahan menghadapi kemelesetan ekonomi akan terus menjanakan pendapatan yang lumayan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

No comments:

Post a Comment