Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kisah Benar Kejayaan Ahli Elken-Penny

“... akhirnya, putera raja dan puteri telah berkahwin dan dikurniai dua orang puteri yang cantik serta seorang putera yang comel. Mereka kemudiannya hidup dengan bahagia dan sejahtera.”

Tiga belas tahun dahulu, Penny benar-benar percaya bahawa bahagian akhir cerita kanak-kanak yang disulami kebahagiaan adalah gambaran kehidupannya yang sebenar.

Bermula pada hari kematian suaminya yang tercinta, gambaran dalam cerita kanak-kanak semakin pudar, dari babak ke babak. Yang mengikutinya adalah sebuah kisah penuh tragis di pentas kota.

Malah Penny bukan sekadar kehilangan seorang suami yang tercinta; sesungguhnya suaminya seorang rakan sepermainan anak-anaknya, juruteknik elektrik di rumah, pembantu peribadinya, pemandu dan pengarah urusan rumah tangga.

Beliau ialah tonggak keluarga Penny.

Apabila puteri telah menjadi Cinderella, babak yang berikutnya ialah tenggelam punca, kebimbangan putus bekalan makanan.

Demi cintannya terhadap tiga orang anak, Penny menggagahkan diri lalu menceburkan diri dalam bidang yang beliau mahir, iaitu mendandan rambut.

Tidak lama selepas itu, akibat beban kerja, dan tekanan perasaan, masalah migrain dan insomnia yang lama hilang kini kembali membelenggu Penny.

Kerana terlalu banyak mengambil ubat tidur dan antibiotik, Penny berubah menjadi seorang wanita yang tidak bermaya, mukanya sembap, badannya lesu, kaki dan tangannya tidak bertenaga.

Pada ketika itu, seorang pelanggan tetapnya memperkenalkan Elken Spirulina kepada Penny.

Pada masa itu, beliau berkata kepada dirinya “Aku ni memang macam botol ubat, hampir semua ubat sudah aku makan, apalah nak kisah sangat kalau makan lebih sejenis lagi!” Maka Penny mula makan Elken Spirulina tanpa memikirkan apa-apa kebarangkalian.

Selepas beberapa bulan, beliau berasa hairan kerana dapat tidur dengan nyenyak dan kepala pun tidak sakit lagi, yang pastinya Penny turut berasa segar dan penuh semangat.

“Penny, air muka awak ni nampak semakin berserilah!”

Entah pelanggannya yang keberapa mengungkapkan kata-kata yang sama menyebabkan Penny menyebut secara tidak sengaja, “Mungkin jasa Elken Spirulina kut!” sambil menilik dirinya di dalam cermin.

Bermula dari detik itu, Penny bukan sahaja mendandan rambut pelanggannya, malah menjadi perunding kesihatan mereka.

Suatu hari selepas 6 bulan berlalu, Penny merenung sekeping cek yang dikeluarkan Elken sambil berkata pada dirinya, “Mungkin silap ni!”

Bonus yang lumayan itu mengejutkan Penny yang tidak tahu langsung tentang jualan langsung.

“Saya hanya berkongsi secara jujur apa yang saya tahu dengan kawan-kawan, betulkah boleh dapat ganjaran yang sebegini lumayan?”

Namun hasil jualan yang cemerlang pada beberapa bulan yang berikutnya menyebabkan ibu tunggal 3 orang anak ini yang dunianya hanyalah anak, cermin, syampu, pengering rambut mula membuat penilaian baru terhadap dirinya.

Bermula dari saat itu, babak tragis yang dilakonkan Penny sudah tamat. Babak yang seterusnya pula ialah motivasi dan kesungguhan.

Sepanjang perjalanan ini, Elken telah membantu seorang wanita kerdil yang terumbang-ambing, seorang ibu tunggal yang tiada keyakinan diri berubah menjadi seorang wanita yang penuh yakin, “asalkan tabah, sesiapa pun boleh menjayakannya!”

Sudah 10 tahun berlalu, Penny bukan sahaja cantik seperti sedia kala, malah beliau hebat sebagai penceramah di atas pentas dan pemimpin yang berkaliber di bawah pentas. Setiap pagi ketika beliau membuka mata dan melihat 3 orang anaknya yang sudah dewasa, Penny tidak boleh lekang mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar Elken yang menyediakan sebuah pentas yang adil dan saksama baginya meneruskan babak-babak dalam kehidupan.

Di sebalik kejayaan wanita yang berjaya ini, beliau sentiasa disokong oleh dua buah keluarga.

No comments:

Post a Comment