Followers

JOIN OUR BUSSINESS

Kelebihan Ahli Elken

Apa yang dapat saya peroleh
Ganjaran Kewangan yang Hebat

Transformasi yang Dinanti-nantikan

Peluang yang Luas Terbentang

Peluang untuk Berkongsi, Menyentuh Kehidupan dan Membawa Kelainan

Mengapa berpuas hati dengan pendapatan sederhana sedangkan anda boleh menikmati lebih daripada itu? Apabila anda menjalankan perniagaan anda sendiri, hanya langit yang menjadi sempadan. Daripada pendapatan tahunan yang banyak kepada lingkungan sosial yang luas – anda sebut sahaja, anda akan dapat semuanya! Yang berikut ini ialah yang dinikmati oleh ahli-ahli Elken:

Kefleksibelan – dengan bekerja dari bilik tamu di rumah ataupun mengadakan perjumpaan di bilik lembaga yang canggih disediakan oleh Syarikat pada bila-bila masa anda suka.

Lebih Banyak Masa– dihabiskan bersama anak-anak dan tidak terlepas daripada mengikuti setiap peringkat perkembangan mereka ataupun mengabdikan diri menjalankan perniagaan sepenuh masa. Anda yang tentukan masa anda.

Kebebasan Memilih – Apabila anda bekerja dengan orang lain, mereka yang menentukan waktu kerja, gaji dan juga laluan kerjaya anda. Di Elken, anda mencipta skop kerja anda sendiri – menjalankan perniagaan anda sendiri, memegang inventori ataupun menumpukan usaha membangunkan orang atau berkongsi kejayaan Elken dengan orang lain. Anda ada pilihan untuk melakukan apa yang paling baik dapat anda lakukan.

Potensi Pendapatan Lumayan– Berkongsi peluang ini dengan ahli keluarga dan sahabat anda, jadilah seorang mentor yang hebat bagi meraih ganjaran kewangan yang lebih besar. Elken membayar komisen tertinggi. Potensi anda digerakkan oleh matlamat dan keazaman anda.

Jaminan Kerja Jangka Panjang – Tidakkah kami telah sebut tentang Elken sebagai salah sebuah syarikat jualan langsung yang terkemuka di rantau Asia Pasifik? Dengan kepakaran sedekad setengah dalam membina manusia dan bereputasi membekalkan produk berkualiti tertinggi, anda dijamin mendapat sokongan dan kejayaan tanpa risiko biasa seperti yang dialami oleh syarikat yang kurang mantap dan pendatang baru dalam industri jualan langsung.

Kesihatan – Jika anda berasa seronok menikmati aiskrim dan piza sekali-sekala, teruskan menikmatinya. Anda masih boleh memperoleh kehidupan yang sihat dengan produk kesihatan pemenang anugerah Elken. Lagipun portfolio produk Elken adalah berasaskan konsep kesihatan selular, yang bermaksud anda hanya mengambil yang benar-benar perlu sahaja, bukan membeli sesuatu yang tidak perlu!

Kepuasan – Selain kesihatan yang bagus dan pendapatan berpotensi, anda akan membantu orang lain memimpin hidup mereka sendiri, ramai yang mengakui hal ini membawa kepuasan dan rasa pencapaian yang tidak terhingga. Inilah ikrar cogan kata Elken “Menjayakan Anda untuk Menjayakan Bangsa” .

Peluang Eksklusif – Belilah semahu-mahunya! Sambil menikmati potongan harga produk yang hebat, anda juga dibayar komisen untuk itu.

Inilah peluang untuk anda menikmati gaya hidup seimbang dengan keluarga dan bekerja pada masa yang sama. Jika anda sedang mencari kerja yang membolehkan anda mengembara, anda sudah menjumpainya di sini! Ciptalah peluang anda sendiri demi kemajuan dengan menjadi seorang ahli Elken hari ini!